Jomio Where Skill Meets Rewards
Jomio

Terma & Syarat

Dikemas kini 30 Ogos 2026

1. Penyertaan

Penyertaan dalam mana-mana acara Jomio adalah terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas melainkan dinyatakan sebaliknya pada halaman acara. Seorang pengguna hanya boleh mendaftar sekali bagi setiap acara.

2. Yuran & Bayaran

Yuran penyertaan dibayar melalui gateway rasmi CHIP. Slot hanya disahkan selepas bayaran diterima. Yuran yang telah dibayar tidak dikembalikan kecuali acara dibatalkan oleh pihak Jomio.

3. Bukti Aktiviti

Setiap serahan bukti tertakluk kepada semakan manual oleh pengadil Jomio. Bukti yang tidak jelas, diubah suai, atau berada di luar tempoh acara akan ditolak. Serahan yang ditolak tidak menyumbang kepada kemajuan anda.

4. Pembatalan Kelayakan

Jomio berhak membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang menghantar bukti palsu, menggunakan berbilang akaun, atau memanipulasi data aktiviti. Keputusan pengadil adalah muktamad.

5. Hadiah

Pemenang ditentukan oleh kriteria kemenangan yang dinyatakan pada halaman acara. Hadiah fizikal dihantar ke alamat yang direkodkan dalam profil peserta; alamat yang tidak lengkap boleh melewatkan penghantaran.